Tuesday, March 31, 2009

KURSUS LDP KALI KE 2 2009

KERTAS KONSEP KURSUS PROGRAM LATIHAN PORTAL EDUWEBTV (PLPE)

Rasional

EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Ia berteraskan kepada pendidikan digital untuk semua. Peserta yang terlibat akan didedahkan kepada konsep EDUWEBTV dan juga perkara-perkara asas seperti definisi, misi dan visi. Selain itu, pendedahan kepada tujuh(7) saluran dalam EDUWEBTV akan dijalankan melalui latihan susulan dilaksanakan di akhir latihan dan dipersembahkan dalam bentuk simulasi mengikut kumpulan yang akan dibentuk. Penjelasan mengenai penggunaan dan keperluan asas dalam penggunaan portal EDUWEBTV ini akan dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran nanti.

Matlamat

Semua guru SMK Cherang Ruku dapat menggunakan portal EDUWEBTV dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan maksima dan berkesan.

Ojektif

i. Memahami dan mengetahui secara keseluruhan definisi, visi dan misi
EDUWEBTV
ii. Mengetahui tentang semua saluran dan jenis pengguna yang terdapat dalam
Portal EDUWEBTV
iii. Mengetahui keperluan asas dalam menggunakan Portal EDUWEBTV serta
dapat mengintergrasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Konsep
i. Ceramah /Hand on/Pratikal(simulasi)
Tarikh Pelaksanaan
Tarikh : 23 dan 25 Mac 2009 (Isnin &Rabu)
Masa : 2.00 – 4.30 petang.
Tempat : Makmal Komputer, SMK Cherang Ruku

KURSUS LDP KALI KE 1 SMKCR 2009

KERTAS KONSEP
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERANG RUKU
16700 PASIR PUTEH,KELANTAN

1. TAJUK : KURSUS PENGURUSAN FAIL BERKESAN
2. RASIONAL:
Selaras dengan teguran dari pihak Nazir Sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan di dalam rangka lawatannya baru-baru ini, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu system pengurusan fail kurikulum yang berkesan. Ini untuk memudahkan fail-fail ini diakses dan dipantau oleh pihak-pihak yang berkaitan dan juga bagi melicinkan system pelaksanaan ke arah Sekolah Cemerlang Menjelang 2010.
3. MATLAMAT
Pengurusan Panitia SMK Cherang Ruku akan mempunyai satu system rangkaian pengurusan fail yang cekap, berkesan, telus dan mudah diakses.
4. OBJEKTIF
a. Semua panitia mempunyai fail panitia yang mempunyai nombor siri mengikut spesifikasi jabatan.
b. Semua panitia mempunyai 10 fail utama yang mengandungi isikandungan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jemaah Nazir dan Jabatan.
c. Fail-fail Panitia yang telah siap disimpan dibilik gerakan sebagai pusat akses fail.
5. PENCERAMAH / FASILITATOR
a. Encik NorIzuddin bin Ghani – Guru Kanan Teknik Vokasional
SMK Cherang Ruku
b. En Eh Mooi a/l Eh Chit – Guru Kanan Sains Sosial
SMK Cherang Ruku
6. KUMPULAN SASARAN (KUMP GURU & BILANGAN)
Semua Ketua-ketua panitia Matapelajaran
Semua Setiausaha panitia matapelajaran.
7. TEMPOH : (TARIKH , BIL HARI, MASA)
07 Mac 2009 (Sabtu) – 1 hari
8.00 – 1.00 tgh.
8. TEMPAT
Bilik Gerakan SMKCR

SALAM LDP 2009

Setelah 3 bulan tahun 2009 berlalu, baru kali ini dapat meluangkan masa di dalam blog LDP sekolah. Pertama sekali dapat melihat perjalanan LDP tahun ini yang lebih terancang dan sistematik. Sehingga ini sudah 2 kursus dapat dilaksanakan. Terima kasih kepada semua AJK Kerja dan peserta-peserta. Semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Insyaallah...........