Tuesday, October 27, 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME S/U LDP PPD PASIR PUTEH

Akhirnya dapat juga berkursus bersama-sama semua s/u ldp PPD Pasir Puteh di Hotel Grand Continental Kuantan dari 26hb -28hb Oktober 2009. Thank you very much to Boss En Abd Hadi for giving us this opportunity... Even layanan hotel yang tidak memuaskan, namun input banyak membantu kerjasama antara kami.Malam ni pakat panaskan balik blog....

Friday, October 9, 2009

OKTOBER TIBA LAGI.....

Bulan yang paling sibuk!!!!!!
SPM makin hampir... moga anak-anak didikku sudah bersedia fizikal dan mental. Moga mereka juga senantiasa sihat sejahtera. Lipatgandakan usaha kerana misi dan visi sekolah kita sudah hampir tercapai ditangan anak-anak semua.

LDP 2009 sudah sampai kepenghujung. Tinggal beberapa ringgit lagi untuk dihabiskan untuk perkongsian ilmu. Moga segala yang telah dirancang memanfaatkan guru dan menjurus ke arah kecemerlangan sekolah. Maaf dipinta jua jika ada kepincangan di mana-mana. Insyaallah tahun depan akan lebih menyerlah melalui kepimpinan baru.

Mencuba setiap ruang untuk cemerlang. Begitu jua misi dan visi mencemerlangkan diri. Kehadiran Tuan Timbalan Ketua Nazir Kelantan banyak memberi nasihat dan panduan untuk membentuk kemenjadian diriku sebagai GURU. Segala nasihat telah diambil tindakan SEGERA. Terima kasih tuan!!

Barisan pemimpin kanan sekolah juga telah berubah. Terima kasih di atas segala jasa bakti dan semoga yang baru dapat bekerjasama erat sebagaimana biasa. Alhamdulillah kerana penggantinya rakan-rakan dari sekolah kita juga.

Marilah rakan-rakan kita perjuangkan kecemerlangan sekolah. PMR,SPM dan STPM akan lebih hebat tahun ini. SMKCR BOLEH!!!!!

Saturday, August 22, 2009

Thursday, August 20, 2009

KURSUS LDP KE 6 2009

1. TAJUK : KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME II
“MENJANA SEKOLAH CEMERLANG MELALUI
PENGURUSAN HEM BERKESAN”

2. RASIONAL :
Unit Hal Ehwal Murid (HEM) adalah satu bahagian yang penting dalam pengurusan sekolah dan paling krtitkal selain kurikulum. Kecemerlangan sekolah mempunyai kaitan dengan peranan yang dimainkan oleh bahagian HEM. Unit HEM mengurus manusia bernama pelajar untuk mrenjadikan mereka berdisiplin patuh pada undang-undang , bersahsiah mulia dan boleh menjadi anggota masyarakat yang berguna. Guru pula harus tahu peranan,hak dan kuasa yang mereka miliki dan melaksanakannya dengan baik. Oleh itu, pendedahan tentang pengurusan HEM yang berkesan perlu diberi secara holistik agar dapat membantu sekolah mencapai misi menjadi sekolah cemerlang 2010.

3. MATLAMAT
Merealisasikan visi Pengurusan HEM Berkesan tahun 2010.

4. OBJEKTIF
a. Mewujudkan pasukan yang mantap untuk melahirkan pengurusan berkesan.
b. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang,berakhlak dan berkarisma melalui pasukan kerja yang mantap.

PENCERAMAH
a. En. Mohd. Rozaki b. Bakar (PK HEM)
b. Pn. Hjh. Siti Meriam bt. Mohamed (KPP Sektor Pengurusan Kemanusiaan – JPN)

Tarikh : 4 JULAI 2009 (SABTU)
Bil. Hari : 1 Hari
Masa : 8.00 – 4.00 Petang

ANGGARAN PERBELANJAAN
Makan Minum Peserta : RM 12.00 X 126 guru = RM 1512.00

KURSUS LDP KE 4 2009

KURSUS PENYELARASAN PEKA SAINS PMR/SPM SMK CHERANG RUKU

RASIONAL
PEKA SAINS merupakan satu bahagian yang wajib dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru-guru sains. Maka satu penyelarasan perlu dilakukan oleh guru-guru sains bagi emmantapkan pelaksanaan PEKA ini,

OBJEKTIF
1. Guru-guru Sains dapat menyediakan evidens PEKA SAINS dengan betul
2. Guru-guru Sains dapat merancang dan melaksanakan PEKA dengan baik, efektif dan sistematik.
3. Guru-guru Sains dapat memeriksa evidens dengan format yang betul.
4. Guru-guru Sains dapat membuat pelaporan PEKA mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

SASARAN
Semua guru Sains Tingkatan, 1- 5

MASA/TEMPAT/TARIKH

SLOT 1
TARIKH 11/05/09 (Isnin)
TEMPAT Makmal 4(PMR)
Makmal 5 (SPM)
SLOT 2
12/05/09 (Selasa)
Makmal 4(PMR)
Makmal 5 (SPM)
MASA 1.30tgh – 4.30 ptg
(3 jam)
ANGGARAN PERBELANJAAN

RM 12.00 X 17 peserta = RM 204.00

KURSUS LDP KE 5 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERANG RUKU

16700 PASIR PUTEH,KELANTAN

  1. PENGENALAN

Kursus peningkatan Profesionalisme SMK Cherang Ruku diadakan adalah untuk membolehkan guru-guru sekolah ini menyelami, memahami dan menyedari hakikat diri, meneguhkan semangat jati diri, berfikiran tenang dan rasional seterusnya menjadi pencetus ke arah menjadi seorang kakitangan yang komited terhadap kerjaya yang diceburinya.

  1. MATLAMAT

i. mewujudkan semangat “esprit de corp’ dan kemesraan dalam kalangan semua staf.

ii. Mempertingkatkan paras tenaga dan stamina untuk bekerja keras tanpa mengalah.

iii. Mempertingkatkan kreativiti serta berupaya untuk mencari penyelesaian dan merungkai masalah ke arah peningkatan profesionalisme.

  1. OBJEKTIF

i. Memberi kesedaran dan keyakinan untuk memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif

ii. Memberi pendedahan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan bilik darjah yang berkesan serta membentuk teknik komunikasi berkesan di bilik darjah.

iii. Membantu ke arah mempertingkatkan tahap profesionalisme di kalangan guru dan kakitangan.

  1. PESERTA

124 orang guru SMKCR

5. TARIKH

23HB MEI 2009 (Sabtu)

6. TEMPAT

MAKMAL BAHASA SMK CHERANG RUKU

7. PERUNTUKAN KEWANGAN

i. Peruntukan LDP untuk makan minum peserta

RM 12.00 X 124 ORG = RM 1488.00

UPDATE BLOG - MALAS KE BUSY?

tahun ni agak malas nak update blog ni. mungkin sebab tak ada kursus lanjutan untuk s/u ldp sepertimana yang dibuat tahun 2008. mungkinlah.................. atau tahun ni terpaksa bekerja kuat untuk habiskan duit ldp?? Mungkin kot, beban kerja makin tambah tapi saya yakin jika dapat luangkan sikit masa,boleh punya!!!! so this is the continuation of the activities this year.

Boss LDP PPD cakap KMLDP ver 2.13 saya ada problem. Lagilah bengang... Camne ye? Nak buat semula ke dalam Ver3?