Tuesday, October 27, 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME S/U LDP PPD PASIR PUTEH

Akhirnya dapat juga berkursus bersama-sama semua s/u ldp PPD Pasir Puteh di Hotel Grand Continental Kuantan dari 26hb -28hb Oktober 2009. Thank you very much to Boss En Abd Hadi for giving us this opportunity... Even layanan hotel yang tidak memuaskan, namun input banyak membantu kerjasama antara kami.Malam ni pakat panaskan balik blog....

Friday, October 9, 2009

OKTOBER TIBA LAGI.....

Bulan yang paling sibuk!!!!!!
SPM makin hampir... moga anak-anak didikku sudah bersedia fizikal dan mental. Moga mereka juga senantiasa sihat sejahtera. Lipatgandakan usaha kerana misi dan visi sekolah kita sudah hampir tercapai ditangan anak-anak semua.

LDP 2009 sudah sampai kepenghujung. Tinggal beberapa ringgit lagi untuk dihabiskan untuk perkongsian ilmu. Moga segala yang telah dirancang memanfaatkan guru dan menjurus ke arah kecemerlangan sekolah. Maaf dipinta jua jika ada kepincangan di mana-mana. Insyaallah tahun depan akan lebih menyerlah melalui kepimpinan baru.

Mencuba setiap ruang untuk cemerlang. Begitu jua misi dan visi mencemerlangkan diri. Kehadiran Tuan Timbalan Ketua Nazir Kelantan banyak memberi nasihat dan panduan untuk membentuk kemenjadian diriku sebagai GURU. Segala nasihat telah diambil tindakan SEGERA. Terima kasih tuan!!

Barisan pemimpin kanan sekolah juga telah berubah. Terima kasih di atas segala jasa bakti dan semoga yang baru dapat bekerjasama erat sebagaimana biasa. Alhamdulillah kerana penggantinya rakan-rakan dari sekolah kita juga.

Marilah rakan-rakan kita perjuangkan kecemerlangan sekolah. PMR,SPM dan STPM akan lebih hebat tahun ini. SMKCR BOLEH!!!!!