Sunday, August 17, 2008

KURSUS LDP KE 4

KURSUS PENYELARASAN PEKA SAINS PMR/SPM SMK CHERANG RUKU

PENGENALAN

Maklumbalas daripada pemantau PEKA SAINS SPM dan PMR berkaitan dengan proses pelaksanaan PEKA sekolah adalah agak menggusarkan. Oleh yang demikian Jabatan Sains Matematik berpendapat bahawa satu kursus khas berkeperluan SEGERA patut dilaksanakan untuk membimbing guru-guru Sains melaksanakan PEKA dengan berkesan.

OBJEKTIF

Guru-guru Sains dapat menyediakan evidens PEKA SAINS dengan betul
Guru-guru Sains dapat merancang dan melaksanakan PEKA dengan baik, efektif dan sistematik.
Guru-guru Sains dapat memeriksa evidens dengan format yang betul.
Guru-guru Sains dapat membuat pelaporan PEKA mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

SASARAN

Semua guru Sains Tingkatan, 1- 5

MASA/TEMPAT/TARIKH


SLOT 1 : 11/8/08
Makmal 4 dan 5
1.00 - 4.00 petang
SLOT 2: 12/8/08
Makmal 4 dan 5
1.00 - 4.00 ptg

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Pengerusi : Pn Hjh Siti Ramlah Mustapha (Penolong Kanan 1)
Naib Pengerusi : Puan Noor Khairiyah Khor Abdullah (G/Kanan Sc
Matematik)
Setiausaha : En Abd Halim Yaacob (Ketua Panitia Sains)
AJK : semua guru Sains Tkn 1-5

ATURCARA

Slot 1 :11/8/08
1.00 : Taklimat PEKA oleh Guru Kanan Sains Matematik
1.30 : Penerangan Prosedur PEKA SAINS oleh
PMR : En Abd Halim Yaacob
SPM : Pn Rohani Abas
2.30 : Makan tengahari/solat
3.00 : Bengkel
4.00 : Tamat


Slot 2 :12/8/08

1.00 : Penerangan Cara-cara Pelaksanaan PEKA SAINS oleh
PMR : En Abd Halim Yaacob/Pn Nik Mazilah Saleh
SPM : Pn Rohani Abas/Cik NurIlida Ismail
2.30 : Makan tengahari/solat
3.00 : Bengkel/
4.00 : Tamat

PENUTUP
Semoga selepas kursus ini, semua guru Sains akan dapat melaksanakan PEKA dengan berkesan dan mantap mengikut garispanduan Lembaga Peperiksaan Malaysia.